Friday, August 15, 2025

Selamat Ulang Tahun GPMS yang ke-77


 Selamat meneruskan perjuangan kepada para pejuang GPMS di seluruh negara.Suka duka,pahit getir itu ialah perjuangan yang mendewasakan.

   Dunia  pendidikan 1948 amatlah berbeza dengan dunia pendidikan  era 2025.Teruskan perjuangan itu,kerana setiap perjuangan atas prinsip SEDAR dan MUKADIMAH GPMS  amat ditagih oleh pelajar-pelajar  Melayu di setiap pelosok negara.


'Belajar Terus Belajar'

    

Sunday, August 10, 2025

Tamat Persekolahan Usia 16 Tahun:


Saranan yang wajar difikirkan.Kewajaran menamatkan persekolahan dalam usia 16 tahun memang bertepatan dengan situasi di Malaysia.Ibu bapa wajar mengambil cakna dan menyokong akan saranan itu.
     Ini bermakna pelajar telah diberikan ruang lebih awal untuk mengatur kehidupan  mereka sama ada mahu bekerja,belajar di bidang yang mereka minati atau bekerja sambil belajar berdasarkan sistem pendidikan negara yang lebih mesra dan tuntas.

     Seterusnya wajar juga didengari akan pendapat golongan  belia dan pelajar dalam hal tersebut.Adakah mereka bersetuju dan bersedia menamatkan persekolahan pada usia 16 tahun.



 

Tuesday, August 5, 2025

Usahlah menjadi Tanda Tanya:


 Diharapkan kes kematian Zara Qairina akan berakhir dengan  menamatkan setiap   tanda tanya ?

Didoakah arwah Zara Qairina dalam rahmat-Nya.


Wednesday, July 16, 2025

100 Tahun Usia Tun M(Jasa baktimu dikenang selamanya)






Antara paparan kata-kata Tun M yang tersurat dan tersirat dengan idea dan falsafah.(lihat paparan gambar di atas) yang menjadi pilihan saya.Didoakan Tun M berada dalam rahmat-Nya.

            

         
 

Saturday, June 28, 2025

Disiplin Belajar di Rumah dan Sekolah?


 Setiap kejayaan bermula dengan langkah pertama,dan langkah-langkah seterusnya disulami dengan disiplin belajar yang tinggi.

        Adakah anak anda atau murid anda mempunyai disiplin belajar yang mantap,atau menunggu mereka itu sudah meningkat umur belasan tahun dengan alasan mereka sudah kian matang?

Friday, June 20, 2025

Selamat Mengambil Ujian Pertengahan Sesi Akademik 2025

 



Pencapaian UPSA,dapat membantu murid-murid untuk meningkatkan pencapaian pada UASA.
Setiap murid akan menentukan pencapaian masing-masing.
     
     UPSA bukan untuk membandingkan antara murid-murid tetapi membantu  setiap murid meningkatkan pencapaian kendiri masing-masing.

Saturday, May 31, 2025

Bicara yang Terbaik.


 Syabas dan tahniah kepada pihak penganjur.Bicara dan wacana tersebut amat bermakna dalam melihat kejituan pendidikan di negara ini dalam menempuh 30 tahun atau 50 tahun akan datang.

      Pendidikan masa kini seolah-olah tersepit antara mahu melihat Holistik atau melihat Kecemerlangan A+.Bahkan anak-anak di desa masih tercari-cari komputer riba ,tetiba AI menerpa.

      Oleh itu tepat sekali,pemikir Melayu Muda wajar bangkit dan membawa angin perubahan dalam membantu pendidikan generasi mendatang.Selamat berbicara tentang pendidikan.

Syabas.

Selamat Ulang Tahun GPMS yang ke-77

 Selamat meneruskan perjuangan kepada para pejuang GPMS di seluruh negara.Suka duka,pahit getir itu ialah perjuangan yang mendewasakan.    D...